Probiotik untuk kulit : Apa manfaatnya?

Prebiotik & probiotik menjadi topik hangat di dalam komuniti kesihatan. Malah tidak terkecuali untuk komuniti kecantikan.
Jadi apa itu sebenarnya Prebiotik & Probiotik ini? Kenapa ianya sangat penting untuk kesihatan kita?
Apa implikasinya dalam penjagaan kecantikan kita?
Kandungan blog
Apa itu Probiotik & Prebiotik?
Probiotik adalah bakteria baik yang menginap di kulit, mulut, perut & usus kita. Komuniti bakteria-bakteria baik ini dikenali dengan mikrobiome.
Kajian mendapati mikrobiome mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan kesihatan kita. Koloni bakteria yang baik adalah salah satu sistem imunisasi kita.
Prebiotik pula adalah bahan yang menyuburkan probiotik. Ianya menjadi makanan kepada bakteria baik untuk berkembang & membiak.
Ketidakseimbangan koloni antara bakteria baik & bakteria jahat akan mengganggu kesihatan & kehidupan kita.
Kekurangan bakteria baik terutamanya di kulit kita akan membuatkan sistem pertahan kulit kita lemah, kulit kita mudah bermasalah & kita mudah mendapat alahan & radang kulit.
Pro Tip: Makanan sihat & rutin penjagaan diri yang baik membantu menyuburkan & menyeimbangkan mikroflora kulit anda.

Probiotik menjaga kulit dari serangan bakteria & virus jahat
Koloni bakteria baik yang menginap di badan kita berfungsi sebagai penghadang dari serangan kuman & bakteria jahat dari menyerang kita.
Bakteria baik juga mempengaruhi hormon & kesihatan mental kita. Mereka juga berperanan dalam memupuk perkembangan sel- sel kulit kita.
Lactobacillus adalah contoh bakteria baik yang berfungsi mengawal inflamasi & keradangan.
Punca kecelaruan mikrobiome kulit kita
Kebanyakan punca kecelaruan koloni mikrobiome kita adalah disebabkan gaya pemakanan kita.
Pemakanan yang tidak sihat, bermanis, berminyak & berkarbohidrat tinggi, kurang serat menyebabkan koloni bakteria baik semakin berkurangan & lemah.
Tetapi rutin penjagaan diri kita juga mempengaruhi perkembangan kelompok koloni bakteria baik ini terutamanya di kulit kita.
Antara punca yang menyebabkan bakteria baik kita semakin berkurangan ialah:
- Terlalu kerap mencuci muka & berlebihan.
- Mencuci muka bukan sekadar mencuci kotoran di muka, ianya juga akan menyebabkan pengurangan bakteria di kulit kita. Bakteria jahat & bakteria baik juga akan terjejas.
- Mencuci muka secara berlebihan juga menggangu PH kulit kita di mana bakteria baik sangat memerlukan persekitaran PH kulit yang sihat.
- Terlebih rutin pengelupasan kulit
- Eksfoliasi kulit yang berlebihan bukan sekadar membuang lipid & lapisan kulit, ianya membuatkan kulit semakin berkurangan penghadang.
- Ini akan membuatkan bakteria jahat mudah menyerang kulit kita.
- Produk anti-bakteria
- Produk anti-bakteria akan membuatkan koloni bakteria di kulit kita berkurangan & melemah.
- Malah banyak kajian menunjukkan produk antibakteria berpotensi merengsakan kulit. Kerana ianya bersifat agresif & kasar.
Kembalikan keharmonian mikrobiome kulit
Mengembalikan keharmonian bakteria baik kita memerlukan usaha & ilmu.
Mungkin ianya tidak akan memberi kesan yang segera, tetapi dalam jangka masa panjang, ianya akan membuahkan hasil yang lebih memberi manfaat untuk kita.
Antara cara yang kita boleh lakukan ialah:
- Menyeimbangkan rutin mencuci muka.
- Mencuci muka dengan pencuci muka disarankan 2 kali sehari sahaja.
- Malah ada yang mencadang untuk mencuci muka sekali sahaja di waktu malam kerana hujahnya di awal pagi kulit kita tidak kotor & sistem pertahanan kulit telah diperbaiki sepanjang malam ketika kita tidur.
- Gunakan produk yang tidak mempunyai kimia keras.
- Produk yang mempunyai bahan seperti alkohol (denat) sangat keras untuk kulit.
- Saranan menggunakan produk yang bebas sulfate & bebas alkohol adalah lebih bagus.
- Produk yang menggunakan bahan semulajadi adalah lebih disarankan kerana bahan semulajadi mempunyai mineral, vitamin & komponen yang lebih bermanfaat untuk kita berbanding bahan sintetik.
- Antara bahan yang bagus untuk mikrobiome kita adalah air beras & aloevera. Kedua bahan ini mempunyai prebiotik yang membantu perkembangan koloni bakteria baik kita.
- Rawat muka seminggu sekali dengan yogurt.
- Sesudu yogurt bersama sesudu madu & sedikit kunyit sangat bagus untuk kesihatan kulit kita. Yogurt juga mempunyai lactic acid bakteria, sejenis bakteria yang baik yang berfungsi menjaga kelembapan kulit & merangsang pertumbuhan sel baru.
Mulakan langkah pertama
Mencari produk penjagaan kulit yang semulajadi & sesuai untuk kita terkadang mengelirukan kita. Saranan saya mulalah belajar untuk membaca bahan produk.
Mengkaji keperluan kulit kita adalah tanggungjawab kita sendiri. Carilah produk yang berreputasi & diformulasi dengan bahan yang terbaik.
Di Myhomelab kami menyediakan pelbagai produk kesihatan & penjagaan diri untuk anda. Kami memastikan produk yang kami sediakan adalah produk yang berkualiti tinggi & terbaik.

Responses